Kematian Mahsa Amini

Pada 16 September 2022, seorang wanita Iran berusia 22 tahun bernama Mahsa Amini (Bahasa Parsi: مهسا امینی‎), juga Jina/Zhina Amini (Bahasa Parsi: ژینا امینی‎  ; Bahasa Kurdi: ژینا ئەمینی),[4] meninggal dunia di Tehran, Iran, dalam keadaan yang mencurigakan, didakwa kerana keganasan polis.[5][6]Peronda Bimbingan, badan pengawal moraliti (juga mutawin) Pasukan Penguatkuasaan Undang-Undang Iran, mula-mula menahan Amini kerana tidak memakai tudung mengikut piawaian pemerintah. Polis berkata bahawa dia mengalami serangan jantung di sebuah balai, jatuh di atas lantai, dan meninggal dunia selepas koma dua hari.[7][8] Saksi terus dan wanita yang ditahan bersama Amini berkata dia telah dipukul teruk, dan disertakan imbasan perubatannya yang terbocor,[1] menyebabkan pemerhati bebas untuk mendiagnosis pendarahan serebrum dan strok.[9]Kematian Amini mengakibatkan beberapa siri protes besar-besaran di seluruh negara yang mendapat perhatian antarabangsa, termasuk kenyataan Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian yang bertumpuan kepada keganasan terhadap wanita di Iran.[10][11] Beberapa pemimpin, organisasi dan selebriti di seluruh dunia mengutuk insiden itu dan menyatakan solidariti dengan penunjuk perasaan.[12] Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat mengenakan sekatan ke atas Peronda dan pemimpin Iran dalam pelbagai organisasi keselamatan.[13]Pihak berkuasa Iran cuba untuk menyekat protes dengan menembak penunjuk perasaan dengan tembakan burung dan pelet logam, gas pemedih mata dan meriam air,[14] sekatan pelbagai aplikasi dalam talain termasuk Instagram dan WhatsApp, dan mengehadkan Internet untuk mengurangkan keupayaan pengaturan penunjuk perasaan. Sekatan ini disebut sebagai sekatan Internet terbesar Iran sejak 2019, apabila Internet disekat sepenuhnya.[15]

Kematian Mahsa Amini

Lokasi Tehran, Iran
Tarikh 16 September 2022
Nama asal مهسا امینی
Pengebumian Saqqez, Iran
Penyebab Pecah tengkorak akibat trauma teruk[1][2][3]

Rujukan

WikiPedia: Kematian Mahsa Amini //upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/1/1... //www.worldcat.org/issn/0190-8286 https://www.cbc.ca/news/world/iran-amini-death-rea... https://www.cbc.ca/radio/ideas/the-stolen-revoluti... https://www.swissinfo.ch/spa/ir%C3%A1n-mujer_indig... https://www.al-monitor.com/originals/2022/09/arres... https://www.aljazeera.com/news/2022/9/22/irans-pro... https://apnews.com/article/middle-east-iran-france... https://www.bbc.com/news/world-middle-east-6293042... https://www.bbc.com/news/world-middle-east-6298407...